Pengalaman menjadikan kita lebih matang. Semakin banyak yang kita alami dugaan lagi membuatkan kita lebih matang dan juga lebih kuat menghadapi segala ujian didunia ini. Semenjak mula memasuki ke alam dewasa ini, saya mula belajar tak kiralah apa sahaja yang kita lakukan, cakap atau fikir, semuanya boleh berpantul semula kepada kita. Tak kiralah even kita dulu tak suka orang lakukan something pada kita, tapi tanpa kita sedar, di masa hadapan kita lakukan perkara yang sama yang kita tak suka dulu. Jadi janganlah kita terlalu benci kepada sesuatu kerana benda yang benci kita tu akan lagi dekat kepada kita dan janganlah kita terlalu sayang kepada sesuatu kerana benda yang kita terlalu sayang itu akan mula menjauh daripada kita. Makin banyak kita renungkan apa yang berlaku dalam kehidupan kita, kita akan tahu bahawa setiap yang berlaku inin ada hikmahnya kenapa ianya berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan