Rabu, 20 Julai 2016

Pengalaman mengajar kita menjadi matang

Pengalaman menjadikan kita lebih matang. Semakin banyak yang kita alami dugaan lagi membuatkan kita lebih matang dan juga lebih kuat menghadapi segala ujian didunia ini. Semenjak mula memasuki ke alam dewasa ini, saya mula belajar tak kiralah apa sahaja yang kita lakukan, cakap atau fikir, semuanya boleh berpantul semula kepada kita. Tak kiralah even kita dulu tak suka orang lakukan something pada kita, tapi tanpa kita sedar, di masa hadapan kita lakukan perkara yang sama yang kita tak suka dulu. Jadi janganlah kita terlalu benci kepada sesuatu kerana benda yang benci kita tu akan lagi dekat kepada kita dan janganlah kita terlalu sayang kepada sesuatu kerana benda yang kita terlalu sayang itu akan mula menjauh daripada kita. Makin banyak kita renungkan apa yang berlaku dalam kehidupan kita, kita akan tahu bahawa setiap yang berlaku inin ada hikmahnya kenapa ianya berlaku.

Apa yang kita mahu dalam kehidupan.

Waktu pagi-pagi ni boleh buat kita ni menjadi terlalu fikirkan something  yang kita tak pernah terpikir. Ni semua sebab lepas tengok cerita Mean Girls. Haha. Lepas je tengok cerita Mean Girls buat saya terfikir, sebenarnya apa ye yang saya nak buat dalam kehidupan, apa yang saya nak capai ketika sekolah, apa yang saya nak dapat dalam kehidupan. Even dah masuk dalam kehidupan Universiti pun, saya masih tiada matlamat. Apa yang saya buat hanya belajar tapi tidaklah bersungguh-sungguh. Saya seperti tidak mahu mencuba sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Even dah nak tamat kehidupa Universiti, saya masih lagi tidak memikirkan apa yang saya mahu dalam kehidupan.. Mungkin 1 hari nanti saya akan tahu apa yang patut saya buat dalam kehidupan.