Jumaat, 28 Disember 2012

pengalaman tidak boleh dilupakan di panggung wayang

Semalam keluar dengan kawan baik pergi tengok wayang dekat JJ melaka.. best lah juga dapat keluar jalan-jalan.. memang penatlah semalam sebab naik bas pergi pukul 9 pagi dan balik semula pukul 4.30 petang.. sampaikan kawan saya tertidur dalam bas masa perjalanan balik.. tapikan ni lah pengalaman yang paling tak boleh saya lupakan masa menonton wayang.. bukannye kerana ceritanya sedih atau seram.. cuma.. semasa saya dan kawan saya nak masuk ke panggung bilik no 1.. kami dah lambat 10minit masa tu.. so kami pikir mesti dah ramai orang kat dalam panggung tu.. kami pun bukalah pintu panggung dan tengok-tengok tak ada orang pun dalam panggung tu.. terkejut saya dan kawan saya..time tu ada rasa takutlah juga sebab panggung tu gelap.. so time tu adalah juga rasa seram sejuk.. bayangkanlah cuma ada 2orang je  kat dalam panggung tu, dahlah panggung tu besar.. mula-mula kami ingat kami salah masuk bilik.. tapi bila cerita dah start.. memang betullah bilik yang kami masuk.. kami pelik kenapa cuma kami berdua je tengok cerita tu.. dan kawan saya cakap mungkin ni cerita dah lama kot.. tapi tak pernah pulak kami tengok iklannya.. dan time kami dalam perjalanan balik, kami google pasal cerita tu..dan terkejut sebab cerita tu baru ditayangkan semalam.. pelik betul.. tapi cerita tu memang tak berapa best lah.. tapi inilah pengalaman yang tak boleh dilupakan menonton wayang cuma 2 orang dalam panggung.. mungkin jika saya dan kawan saya tak beli tiket cerita tu mesti tak ada sapa yang tonton..haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan