Jumaat, 28 Disember 2012

pengalaman tidak boleh dilupakan di panggung wayang

Semalam keluar dengan kawan baik pergi tengok wayang dekat JJ melaka.. best lah juga dapat keluar jalan-jalan.. memang penatlah semalam sebab naik bas pergi pukul 9 pagi dan balik semula pukul 4.30 petang.. sampaikan kawan saya tertidur dalam bas masa perjalanan balik.. tapikan ni lah pengalaman yang paling tak boleh saya lupakan masa menonton wayang.. bukannye kerana ceritanya sedih atau seram.. cuma.. semasa saya dan kawan saya nak masuk ke panggung bilik no 1.. kami dah lambat 10minit masa tu.. so kami pikir mesti dah ramai orang kat dalam panggung tu.. kami pun bukalah pintu panggung dan tengok-tengok tak ada orang pun dalam panggung tu.. terkejut saya dan kawan saya..time tu ada rasa takutlah juga sebab panggung tu gelap.. so time tu adalah juga rasa seram sejuk.. bayangkanlah cuma ada 2orang je  kat dalam panggung tu, dahlah panggung tu besar.. mula-mula kami ingat kami salah masuk bilik.. tapi bila cerita dah start.. memang betullah bilik yang kami masuk.. kami pelik kenapa cuma kami berdua je tengok cerita tu.. dan kawan saya cakap mungkin ni cerita dah lama kot.. tapi tak pernah pulak kami tengok iklannya.. dan time kami dalam perjalanan balik, kami google pasal cerita tu..dan terkejut sebab cerita tu baru ditayangkan semalam.. pelik betul.. tapi cerita tu memang tak berapa best lah.. tapi inilah pengalaman yang tak boleh dilupakan menonton wayang cuma 2 orang dalam panggung.. mungkin jika saya dan kawan saya tak beli tiket cerita tu mesti tak ada sapa yang tonton..haha

Isnin, 24 Disember 2012

Pengalaman naik kereta dengan kawan

Per tadi naik kereta dengan kawan tadi memang takutlah sebab dia tadi masa selekoh dia tekan minyak.. memang berderau darah kejap.. haha.. nasib baik selamat sampat dan pergi.. tapi sayang je sebab dah isi minyak rm20 sebab ingatkan nanti tak cukup minyak.. sekarang ni minyak masih ada 3bar.. tak tahulah macam mana nak habiskan minyak tu besok.. haha.. tapi memang pengalaman yang tak dapat dilupakan bila naik kereta dengan dia.. hahaha..

muka ketat je masa bawak kereta

tengah fokus dalam permanduan.. :P

Ahad, 23 Disember 2012

luahan hati..

korangkan pernah tak makan hati dengan kawan-kawan korang?? dan dowang tak pernah perasan pun perasaan korang.. mesti korang terasa gila kan.. bila je nak merajuk gan dowang tetiba je dowang pula yang merajuk kat korang... susah betullah... benci beul bila kita call dowang dan dorang cakap dowang sibuk dan call lain kali.. ok fine boleh terima.. tapi.. bila kita call dowang dan die cakap nak apa macam tak sudi gila bila kita call die.. bila kita tak penah call die, die cakap kita tak ingat kawan... pelik-pelik.. sekarang bila kita call dan mesej awak tak nak balas dan juga angkat call kita.. ok fine.. awak nak tunjuk protes.. kita pun nak tunjuk protes juga.. :P