Rabu, 5 November 2014

Bebas

         Pernah tak rasa macam mahu pergi jauh dari tempat yang kita duduk sekarang.

         Pergi ke tempat yang tak ramai orang dan mempunyai  permandangan yang menarik.

       Dapat lari dari segala masalah yang kita rasa. Lari sekuat-kuat hati supaya kita semakin jauh dari apa kita rasa.

        Menjerit sekuat hati kita. Menjerit bila-bila masa kita suka supaya dapat kurangkan apa yang kita rasa.

       Merasa bebas seperti burung terbang dilangit. Pergi kemana- mana sahaja yang dia suka.

      

Bersyukur dengan apa yang ada

       Pernah tak rasa bagusnya kalau aku jadi macam dia, kan seronok kalau aku kaya, mesti seronok kalau ada family macam tu..

     Tapi kadang-kadang apa yang kita lihat ni dan fikirkan tak selalunya sama macam yang kita bayangkan.

        sebab kita tak akan tahu sama ada kalau kita jadi kaya ni adakah kita akan rasa gembira seperti kita yang sekarang..

         Kita juga kadang-kadang tak akan tahu sama ada keluarga tu memang bahagia atau pun tidak kerana setiap orang akan ada masalah tak kiralah sempurna mana pun dia..

          Kita haruslah bersyukur dengan keadaan kita yang sekarang kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita .

Hati perempuan

   Perasaan perempuan ni selalu sangat berubah. Kadang-kadang gembira, sedih, marah..

     Kadang-kadang tu bila tengah gembira je boleh menangis secara tiba-tiba.

       Ada orang cakap hanya wanita je boleh faham apa yang dia rasakan... kenapa dia rasa macam tu..

       Tapi sebenarnya, wanita tu sendiri tak tahu kenapa dia rasa macam. Kenapa tetiba boleh bertukar mood..

       Wanita ni juga ada masa akan rasa macam ada kekosongan didalam diri mereka. Tak tahu apa yang mereka cari dalam kehidupan.

        Ada masa juga mereka akan rasa cepat jemu dia apa yang ada kat sekeliling diaorang..

       Tapi apa boleh buat.. wanita ni boleh merasa semua perasaan dalam 1 masa. Kadang-kadang cepat saja perasaan tu berubah.