Isnin, 27 Oktober 2014

Kelakar der

         Pernah tak rasa sebelum ni kita pernah sesuatu benda or pakai sesuatu tapi tak ada orang perasan.

         Tapi bila suatu hari ni kita buat benda yang sama tetiba ada pula yang kata kita ni dah majulah dah berbezalah.
   
          Terasa kelakar pula. Padahahal kita pernah pakai macam tu masa keluar sama- sama..

           Walaupun kita berkawan namun kadang-kadang kita tak akan perasan apa yang kawan kita buat or pakai atau bagitau tau.

            Tak tahulah mungkin kadang-kadang ni kita manusia memang tak akan memberi perhatian kepada benda yang kita tidak berminat.

Persahabatan

                            Memang susah untuk mencari orang yang memahami kita tentang diri kita. Sentiasa  mengambil tahu tentang kita, menemani kita bila kita sedih atau di dalam masalah.


                             Kita selalu sahaja mengatakan dia tidak pernah memahami kita atau pun mnegambil berat tentang kita walaupun dia cakap dia itu sahabat kita.

                              Namun, pernah tak kita terfikir, pernah tak kita mengambil berat tentang dia, memikirkan perasaan dia apa yang kita katakan, membantu dia apabila dia susah.

                             Di dalam persahabat kita tak seharusnya memikirkan tentang diri kita sahaja kenapa dia lakukan begitu. Kita haruslah melihat apa yang kita lakukan untuk mereka juga.

                              Persahabatan ni boleh menjadi sesuatu yang indah apabila kita memahami satu sama lain. Sentiasa berkongsi segala suka dan duka. Dan membantu apabila salah seorang memerlukan.


hati manusia tiada siapa dapat jangka

                      Pernahkah kita terfikir apa yang orang lain fikirkan tentang kita, apa yang orang lain rasakan tentang kita, adakah mereka merasakan sama macam kita rasakan tentang mereka.

                        Walaupun kita ni manusia kelihatan seperti sama namun perangai kita sangatlah berbeza. Walaupun kembar seiras pun kelihatan amat serupa namun pasti ada sikap mereka yang amat berbeza antara satu sama lain.
 
                         Kita tak akan dapat agak apa yang orang lainkan apa yang mereka rasa tentang kita walaupun kita sangatlah rapat dengan mereka dan walaupun kita telah kenal mereka selama bertahun-tahun kerana manusia ini amat bijak untuk menutupkan perasaan apa yang mereka rasa.

                          Mungkin kita merasakan mereka sangat suka berkawan dengan kita dan sentiasa bersama dengan kita namun sebenarnya adalah musuh di dalam selimut. Yang sentiasa bercakap perkara yang buruk tentang kita di belakang.
     
                          Kita tak akan tahu jika seseorang berasa tidak puas hati dengan kita jika seseorang panfdai menyembunyikannya. kita haruslah sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita lalkukan dan apa yang kita cakapkan kerana orang lain kan boleh tersinggung dengan apa kita cakap walaupun ketika itu kita bergurau.
 

intax mini 8

                              Sejak tengok movie orang putih dia guna kamera instant masa kecil-kecik dulu buatkan saya nak dapatkan camera tu juga. Tapi dulu ingatkan kamera tu cuma ada kat luar negara sahaja.
  
                               Tapi sekarang kamera instant tu pun dah ada kat Malaysia buatkan saya lagilah nakkannya. Lagi-lagi bentuknya yang menarik dan comel.
                             
                              Saya dah lama memasang angan-angan untuk memiliki kemera tersebut dan menangkap gambar bersama kawan-kawan dan menjadikannya kenangan bersama-sama. Bertukar-tukar gambar untuk disimpan..

 

Dewasa mengajar kita menjadi matang

                      Betullah apa yang orang cakap, ketika kita masih muda mudah melakukan perkara yang bodoh dan tidak akan berfikir panjang. Pada masa tu kita cuma pikir untuk menarik perhatian orang lain untuk pandang pada kita dengan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan apakah akibatnya. Apabila sudah berlaku barulah kita nak rasa menyesal dengan apa yang berlaku tetapi kita tidak akan dapat mengundur masa dan membentulkannya.

                  Apa yang boleh kita buat ialah dengan mengambilnya sebagai pengajaran dan tidak akan melakukannya lagi. Dan ini akan membuatkan kita supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Dan kita akan menbuat pilihan sama ada melakukan  perkara tersebut adalah berbaloi untuk dilakukan ataupun tidak. Masa dan kesilapan mengajar kita menjadi lebih dewasa dan berfikiran matang.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Dewasa

          Semasa kita sekolah, kita akan berkata kita terlalu muda untuk melakukan itu. Orang akan berkata kamu terlalu mudah untuk membuatnya. Kita juga selalu merasakan menjadi dewasa ini seperti mendapat kebebasan untuk melakukan segala-galanya. Dan kita selalu  berharap supaya cepat dewasa kerana mahu merasakan kebebasan tersebut.
    Namun apabila kita sudah dewasa, kita pula mahu kembali ke masa lalu sambil berkata aku sudah terlalu tua untuk melakukannya. Apabila kita dewasa baru kita mengerti bahawa menjadi dewasa ini tidaklah seindah yang kita bayangkan seperti di zaman kanak-kanak.
       Menjadi dewasa ni terlalu banyak peraturan yang perlu diikuti. Terlalu banyak benda yang dikongkong untuk dilaku. Terlampau ramai orang akan menghakimi apa kita lakukan.
           Menjadi dewasa ni kita perlu lebih matang. Tidak boleh melakukan perkara yang kita sentiasa lakukan seperti dulu-dulu.

Obses

        Kadang-kadang sesuatu yang kita suka  atau benda yang kita suka tu boleh bertukar menjadi obses.

       Kadang-kadang Kita boleh menjadi obses kalau terlampau tabsub dengan benda yang kita suka  jika kita tidak dapat mengawalnya.

        Kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.
Kita dah tak akan dengar apa pendapat orang kalau kita dah obses dengan benda tu  walaupun ia akan berbahaya untuk diri kita.

        Kita haruslah tahu bila kita sudah mempunyai masalah obses apabila orang kat sekeliling kita mula memgambil berat akan kita.

       

Layan saja

Bila dah terlalu banyak masa lapang ni dan lagi waktu cuti sem yang tak tahu mahu di isi dengan melakukan apa. Mulalah menulis tentang perkara yang tak tahu apa. Haha.
Biasalah bila sudah lama tak menulis mulalah melayan perasaan yang melampau ni..  Biasa bila sekolah ni semua perasaan di luahkan kat karangan. Namun bila dah tamat sekolah ni semakin banyak memendam perasaan. Haha.

Aku

Siapa aku,
Apakah maknanya aku terhadap kau,
Apa kau fikirkan tentang aku,
Tahukah kau tentang aku,

Aku,
Aku hanyalah insan biasa,
Menjalani kehidupan sama seperti kau,
Menjalani kehidupan suka dan duka,
Ingin lari dari kesibukan bandar.

Aku,
Aku ingin mengatur kehidupan aku,
Seperti permainan catur,
Yang boleh aku atur,
Seperti yang aku inginkan,

Aku,
Berasa kekosongan didalam diri ini,
Kekosongan yang tiada siapa mengerti,
Kekosongan tidak dapat aku lari,
Setiap orang menpunyai kekosongan itu,

Aku tersenyum,
Aku tertawa,
Aku menangis,
Aku marah,
Itu semua permainan perasaan,
Setiap manusia lalui,

Liku kehidupan

Jikalah kita boleh lari dari segala masalah,
Lari daripada kesibukan bandaraya,
Menjalani kehidupan yang lebih gembira,
Kalaulah kehidupan ini seperti didalam mainan,
Jika kehidupan boleh di set semula untuk kembali seperti asal,
Jika kita boleh memilih apa yang akan berlaku,
Namun itu memang tidak akan berlaku,
Namun perkara yang berlaku ini lah menjadi kehidupan,
Setiap suka dan duka menjadi memori,
Di ingatu sehingga hujung nyawa.

Kehidupan

Kita sentiasa tertanya-tanya,
Adakah setiap orang sentiasa sama,
Adakah mereka tidak mempunyai masalah seperti kita,
Adakah mereka lebih bahagia dari kita,
Adakah mereka lebih baik dari kita,
Adakah mereka sentiasa bahagia tidak dikelilingi masalah seperti kita, siapa lebih mengetahui melainkan diri sendiri,
Kita mudah terpedaya dengan lakonan,
Siapa tahu mereka cuma berpura- pura bahagia,
Untuk menjalani kehidupan yang berliku ini,
Kita akan berlakon di wayang dunia ini.

Lumrah kehidupan

Kita sebagai manusia sentiasa akan mempunyai pelbagai persoalan tentang apa yang berlaku didalam kehidupan. Pelbagai soalan yang akan bermain didalam fikiran kita. Antara persoalannya kenapa perkara ini berlaku , bagaimana ia boleh berlaku, kenapa perkara ini mesti berlaku. Namun setiap kejadian yang berlaku didalam kehidupan pastinya ada hikmah. Mungkin bila kita kehilangan sesuatu, Allah akan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dan jika kita melakukan kesilapan mungkin kita akan lebih berhati-hati dimasa hadapan dan menjadi seorang yang lebih berjaya. Kita tidak akan dapat menduga dari kejadian yang berlaku didalam kehidupan kita dan kita juga kadang- kadang tidak akan dapat memahami setiap kejadian dalam kehidupan kita kerana kadang- kadang kita ni terlalu selesa dengan keadaan yang senang hanya untuk sementara sahaja. Kita haruslah menerima segala dugaan yang mendatang dalam kehidupan kita dengan positif . Kita haruslah memikirkan pastinya ada hikmah yang lebih baik kenapa perkara ini berlaku.

Masa itu berharga

Tanpa kita sedari kita telah mengisi masa kita dengan perkara yang tidak berfaedah. Kebiasaannya apabila kita mempunyai masa lampau kita akan bergosip bersama kawan-kawan, atau berfacebook melihat apa yang di post seseorang atau bertwitter dengan sibuk membaca apa yang di tweet .. tidak seperti zaman dahulu, orang dulu-dulu akan berkerja untuk mencari duit untuk menampung kehidupan apabila mempunyai masa. Namun kita apabila sudah semakin maju semakin lalai dibuai dengan teknologi masa kini. Sehinggakan sibuk hendak bertwitter, berfacebook. Namun apabila kita sudah meningkat tua dan umur sudah tidak panjang barulah kita sedar kita telah menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan ketika itu kita tidak akan dapat mengundurkan masa untuk kembali ke waktu itu. Kita sebagai manusia haruslah bijak mengisi waktu lampau dengan perkara yang berfaedah dengan menambahkan ilmu pengetahuan atau mendalami ilmu agama.

Jangan mudah menghakimi

Kita sebagai manusia tidak akan lari daripada menghakimi sesuatu berdasarkan luaran. Kita tak sepatutnya mudah menghakimi seseorang berdasarkan luaran dan kata-kata orang. Kita haruslah menyelidik sendiri tentang seseorang itu baik atau pun tidak. Apabila kita sudah mengenali seseorang tu barulah kita tahu bagaimana seseorang itu. Dan kita seharusnya tidak mudah menghakimi sesuatu kejadian yang berlaku tu bardasarkan satu aspek dan kata- kata orang sahaja kerana boleh jadi kita tidak mengetahui kejadian yang sebenar- benarnya yang berlaku. Kerana apabila kita sudah mengetahui kejadian yang sebenar barulah kita akan membuka mata kerana tak semestinya apa yang kita lihat di depan mata itu perkara yang sebenar.

Mencintai secara diam

Mencintai seseorang secara diam-diam ni memang memeritkan dan bila si dia bukannya mengenali kita dan juga mengetahui kewujudan kita. Lagi memeritkan bila si dia tu sudah berpunya. Terasa seperti peritnya hati bila melihat gambar si dia bersama teman hati hati. Kita pun rela melihat dia dari jauh walaupun si dia sudah berpunya. Kita akan melihat apa sahaja si dia buat di facebook, twitter, dan instagram. Sepanjang masa kita akan sentiasa bersemangat untuk melihat si dia tapi malu untuk bercakap dengan si dia. Namun semakin meningkat dewasa ni kita pun memutuskan untuk melupakan si dia. Hanya dengan  masa sahaja kita boleh melupakannya.

Kurus bukanlah segalanya

Kurus tak bermakna cantik. Kurus juga tak bermakna sihat. Sekarang ni terlampau ramai orang yang terlalu obses nak jadi kurus terutamanya wanita. Sampaikan ada yang sanggup tak nak makan untuk menjadi kurus sehinggakan menghidap penyakit bulimia dan tekanan perasaan. Ni kerana terlalu taksub untuk kelihatan cantik dan kurus. Kurus sangat pun taklah kelihatan menarik kerana orang yang terlalu kurus ni akan kelihatan seperti mayat hidup. Kita mestilah yakin dengan diri sendiri bahawa kita ini cantik dan kita janganlah terlalu mendengar kata-kata orang. Cantik ini datangnya dari dalam. Jika kita selalu senyup, yakin dan orang akan tertarik dengan kita. Jadi kita haruslah hidup dengan keyakinan dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dan janganlah mengambil jalan yang mudah untuk turunkan berat dan kita haruslah mengikut cara diet yang sihat dan bersenam.