Hana selalu sahaja berpakaian seperti lelaki. Berambut pendek,bert-shirt dan berseluar jeans.
Ini kerana ibunya selalu sahaja memakaikannya t-shirt sejak die kecil lagi dan memotongkannya rambut pendek. Hana tak pernah membiarkan rambutnya panjang melebihi bahu kerana die merasakannya rimas.
Dia juga selalunye lebih ramai berkawan dengan lelaki. Namun Hana juga ada kawan baik perempuan sejak sekolah rendah lagi. Yidah lah teman baiknya yang dapat kekal dengan Hana dan boleh rapat. Kebanyakkan budak-budak perempuan tidak suka berkawan dengan Hana kerana dia kasar.
Hana dan Yidah bersekolah di SMK Maju. Yidah dan Hana juga satu kelas. Yidah dan Hana begitu rapat sehinggakan ada yang mengatakan mereka berdua pasangan kekasih kerana Yidah sangat lemah-lembut dan Hana pula kasar seperti lelaki.
Hana sangat suka tidur didalam kelas, walaupun ketika itu guru tengah mengajar tetapi Hana tetap jugak tidur. Hana selalu sahaja didenda oleh cikgunya kerana tidur didalam kelas dan juga tidak siapkan kerja rumah.
Satu hari, kelas Hana terdapat seorang pelajar baru. Ketika cikgu memperkenalkan pelajar baru itu, Hana tidak memberikan sepenuhnya perhatian dan memandang keluar tingkap. Pelajar baru itu pun memperkenalkan dirinya.
"Hai, nama saya Haikal. Saya baru sahaja berpindah ke Malaysia. Sebelum ni saya tinggal di Amerika. Maaflah kalau bahasa melayu saya kurang baik. Saya harap kamu semua boleh lah menjadi kawan saya."
Ramai budak-budak di dalam kelas tergelakkan Haikal kerana dia bercakap pelat dalam bahasa melayu, namun ramai budak perempuan berminatgan Haikal kerana wajahnya yang kacak.
Cikgu menyuruh Haikal duduk di belakang Hana. Mereka semua pun memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. Ketika waktu rehat, Haikal ingin pergi ke kantin namun dia tidak tahu di mana kantin. Jadi dia pun ingin bertanya kepada Hana. Ketika itu, Hana sedang tidur, Haikal pun mula menarik kerusi Hana. Hana berasa sangat marah kerana ada orang mengganggu nya ketika sedang tidur. Hana pun terus bangun dengan perasaan yang marah.
"Hoi, tak nampak ke orang sedang tidur",kata Hana. "Maaf mengganggu, saya cuma nak tanya di mana kantin", balas Haikal. Hana tergelak bila mendengar jawapan Haikal." Haha, tak sangka ada lagi yang tak tahu dimana kantin", kata Hana." Saya budak baru pindah disini", balas Haikal. "owh, budak baru", balas Hana. Hana tidak dengar apa yang cikgu pada pagi tadi. "Boleh tak awak tolong tunjukkan saya dimana kantin?", tanya Haikal.
"Maaflah saya sedang sibuklah, apa kata awak suruh Yidah tunjukkan dimana kantin", kata Hana sambil tunjuk kepada Yidah. Yidah berada dalam keadaan terpinga-pinga kerana dia baru sahaja balik dari kantin membeli makanan. "Boleh tak awak tunjukkan saya di mana kantin", tanya Haikal kepada Yidah. "Boleh, dengan syarat awak kena belanja saya coklat", balas Yidah. "Baiklah", balas Haikal dendan tersenyum.
Hati Yidah berasa berdebar-debar bila melihat Haikal tersenyum. Mereka berduapun keluarlah dari kelas dan menuju ke kantin. Ketika dalam perjalanan, mereka berbual.Ketika waktu habis persekolahan, Hana memberitahu kepada Yidah bahawa hari ini dia terpaksa pulang kerumah awal kerana ada hal.
Jadi Yidah punterpaksalah pulang kerumah berseorangan. Sedang je Yidah berjalan untuk pergi ke perhentian bas, tetiba die terdengar ada orang memanggil namanya dan dia pun menoleh kebelakang dan rupa-rupanya Haikal yang memanggilnya. Yidah pun berhenti dan bertanya kenapa dia panggil.
Haikal nak tanya bagaimana nak naik bas untuk pulang kerana dia tidak berapa biasa naik bas di Malaysia. Yidah pun bertanyakan dimana Haikal tinggal. Rupa-rupanya Haikal dan Yidah tinggal berdekatan sahaja. Mereka berdua tinggal di kawasan perumahan yang sama. Jadi mereka pun pulanglah kerumah bersama-sama.
Beberapa minggu ni Yidah dan Haikal mula menjadi rapat dan Hana merasakan dia seperti terpinggir. Hana berasa seperti kehilangan kawan baiknya. Hana pun melepak-lepak dengan budak lelaki dikelasnya pada hari itu kerana Yidah tidak mahu keluar dengannya kerana mengatakan dia sibuk. Sedang Hana dan beberapa budak laki di kelasnya bermain game di kompleks beli-belah, Hana terkejut melihat Yidah keluar berdua-duaan dengan Haikal.Hana pun memanggil Yidah.. Bertapa terkejutnya Yidah apabila melihat Hana juga berada di situ.
bersambung.......